Pages

Search This Blog

Tuesday, 17 November 2015

Proses Penyedian Image Cetakkan Pada Blok

Dalam proses penyediaan image / gambar cetakkan pada blok terdapat 2 proses yang dipanggil "Coating" dan "Expose"


Proses Coating
(Iaitu menyapu emulsion + sensitizer pada blok yg dipasang mesh.)



1.Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, mencampurkan photo emulsion dengan sensitizer pada nisbah 10:1 . Ini bermaksud 10 sudu emulsion + 1 sudu sensitizer. Jumlah emulsion yang hendak dicampur mengikut keperluan anda.

2.Campuran tadi hendaklah dikacau sehingga rata, kemudian sapu campuran tersebut pada blok (yg telah dipasang mesh). Gunakan coater atau benda keras nipis (boleh guna kad telefon) untuk proses menyapu pada blok. Sapu sehingga semua bahagian blok kena.Pastikan anda menyapu bahagian belakang dan depan.

3.Selepas proses menyapu emulsion selesai, keringkan blok menggunakan hair dryer atau letak bawah kipas. Proses mungkin mengambil masa yg lama, ia dipengaruhi ketebalan emulsion pada blok. Semakin tebal emulsion yg disapu semakin lama masa diambil. Oleh itu, sekiranya boleh sapu emulsion senipis yg boleh tapi pastikan semua bahagian blok kena.

Proses Expose
(Expose ialah proses penghasilan design pada blok menggunakan bantuan cahaya.)



1.Ikut susun atur expose seperti di bawah. Sumber cahaya mestilah terdiri daripada cahaya putih/kuning.



2.Letak bebanan pada blok semasa expose (untuk tujuan merapatkan blok pada permukaan cermin.

3.Bentuk kotak expose boleh dibuat bermacam jenis.Kuasa bagi sumber cahaya antara 200 hingga 500 watt ( 4 btg lampu panjang). atau menggunakan sebiji sport light.

4.Proses expose memakan masa antara 2 hingga 10 minit (bergantung pada watt).

Cara membuat blok cetakkan





a) Potong kayu blok (kayu lembut) atau aluminium, mengikut saiz artwork (design) yang anda perlukan.
Diingatkan : satu blok untuk satu warna design. Kalau 10 warna design maka 10 blok yang perlu anda sediakan
.
b) Potong kain sutera (mesh) mengikut saiz blok yang anda perlukan. Lebihkan sedikit mesh supaya senang untuk proses meregangkan mesh pada blok.

c) Stapler / Gam mesh pada blok menggunakan stapler gun / gam yang kuat. Berhati-hati semasa memasang mesh pada blok, kerana mesh mudah koyak. Pastikan permukaan blok tidak mengeledong (tidak rata), kerana ini menyukarkan proses printing nanti.

Peralatan Asas Silkscreen

Peralatan asas silkscreen boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian  A dan bahagian B

Bahagian A
  1. Dye - Rubber Dye atau TC Dye
  2. Photo Emulsion
  3. Blok Cetak
  4. Kain Silk Screen
  5. Squgee
  6. Stepler Gun
  7. Type Kertas
  8. Table Glue
  9. Hair Dryer
  10. Pembaris L

PENERANGAN BAHAN-BAHAN 

1. Dye :
 Ada beberapa jenis Dye dalam kerja mencetak T-Shirt, tapi disini saya beritahu 2 jenis dye saja, iaitu Rubber Dye dan TC Dye.

a) Rubber dye adalah dye getah, ia diguna pada baju yang berwarna gelap seperti baju hitam, biru gelap dan lain-lain yang berwarna dark colour.

b) TC dye adalah dye air yang hanya boleh digunakan pada baju yang berwarna cerah seperti putih, kuning cerah, biru cerah dan sebagainya.

2. PHOTO EMULSION.  
Ia digunakan semasa proses transfer Image pada blok cetak. Ia adalah bahan yang sangat sensitif pada cahaya.

3. BLOK CETAK.
Ia adalah bingkai empat segi yang diperbuat daripada kayu. Pada bingkai inilah akan dipasang kain silk screen.

4. KAIN SILK SCREEN.
Adalah kain sutera yang sangat halus, ia terdiri dari beberap gred kehalusannya. biasanya ia dijual dalam RM 20.00 - 30.00 semeter

5. SQUGEE.
benda yang digunakan untuk menolak dye diblok cetak.

6. STEPLER GUN.
Digunakan semasa proses pemasangan kain silk screen pada blok.

7. JENIS KERTAS
kegunaannya untuk menahan dye dari terkeluar dari blok.

8. TABLE GLUE
Ia disapukan pada pelapik baju dimeja cetak supaya baju tidak bergerak semasa proses percetakan.

9. HAIR DRYER
Untuk mengering dye 

10.PEMBARIS L 
Untuk menentukan kelurusan blok

Bahan-bahan ini anda boleh dapat dikedai-kedai dan pembekal alatan silk screen printing ditempat anda

BAHAGIAN B

1. MEJA EXSPOSE
Ia diperlukan untuk proses perpindahan image pada blok cetak.

2. MEJA CETAK.  
Ada perbagai jenis meja cetak, yang saya guna adalah jenis Portable One Color Station ia tidak memerlukan ruang yang luas, Anda boleh melakukan proses percetakan dalam ruang yang paling minimum.



Monday, 16 November 2015

Pengenalan berkenaan silkscreen



Mencetak baju menggunakan kaedah silk screen sangat popular dari dulu hingga sekarang,ini kerana kaedah ini sangat mudah dan murah tanpa perlu bergantung kepada kecanggihan teknologi digital,kaedah silk screen juga sangat popular kerana hasil yang dapat kita perolehi dari kaedah silk screen sangat cantik dan bermutu tinggi.Terdapat beberapa jenis bahan percetakan silk screen yang perlu anda ketahui  sebelum belajar mencetak baju menggunakan kaedah silk screen.