Pages

Search This Blog

Tuesday, 17 November 2015

Proses Penyedian Image Cetakkan Pada Blok

Dalam proses penyediaan image / gambar cetakkan pada blok terdapat 2 proses yang dipanggil "Coating" dan "Expose"


Proses Coating
(Iaitu menyapu emulsion + sensitizer pada blok yg dipasang mesh.)



1.Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, mencampurkan photo emulsion dengan sensitizer pada nisbah 10:1 . Ini bermaksud 10 sudu emulsion + 1 sudu sensitizer. Jumlah emulsion yang hendak dicampur mengikut keperluan anda.

2.Campuran tadi hendaklah dikacau sehingga rata, kemudian sapu campuran tersebut pada blok (yg telah dipasang mesh). Gunakan coater atau benda keras nipis (boleh guna kad telefon) untuk proses menyapu pada blok. Sapu sehingga semua bahagian blok kena.Pastikan anda menyapu bahagian belakang dan depan.

3.Selepas proses menyapu emulsion selesai, keringkan blok menggunakan hair dryer atau letak bawah kipas. Proses mungkin mengambil masa yg lama, ia dipengaruhi ketebalan emulsion pada blok. Semakin tebal emulsion yg disapu semakin lama masa diambil. Oleh itu, sekiranya boleh sapu emulsion senipis yg boleh tapi pastikan semua bahagian blok kena.

Proses Expose
(Expose ialah proses penghasilan design pada blok menggunakan bantuan cahaya.)



1.Ikut susun atur expose seperti di bawah. Sumber cahaya mestilah terdiri daripada cahaya putih/kuning.



2.Letak bebanan pada blok semasa expose (untuk tujuan merapatkan blok pada permukaan cermin.

3.Bentuk kotak expose boleh dibuat bermacam jenis.Kuasa bagi sumber cahaya antara 200 hingga 500 watt ( 4 btg lampu panjang). atau menggunakan sebiji sport light.

4.Proses expose memakan masa antara 2 hingga 10 minit (bergantung pada watt).

No comments:

Post a Comment